Thursday, August 4, 2011

LTS 2005 SET 3

Soalan 46 dan 47 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.
46. Pilih pernyataan yang benar tentang jadual di atas.
I Dalam tempoh 1998-2000, jumlah hasil cukai meningkat lebih 8%
II Dalam tempoh 1998-2000, jumlah hasil bukan cukai meningkat lebih 8.3%
III Dalam tempoh 1998-2000, jumlah hasil Kerajaan Persekutuan meningkat lebih 5.6%
IV Dalam tempoh 1998-2000, kadar peningkatan jumlah hasil cukai melebihi kadar peningkatan jumlah hasil
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

47. Dalam bajet 2000, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM78025 juta . Berapa peratuskah pinjaman dan penggunaan aset kerajaan untuk menampung belanjawan ini ?
A 23.23%
B 30.26%
C 38.10%
D 147.16%

Soalan 48 berdasarkan Jadual 2 di bawah ini.

48. Antara berikut pernyataan yang manakah yang benar ?
I Jumlah tangkapan bagi imigresen bertambah dari tahun 1995 hingga 1997 bagi semua warganegara
II Jumlah tangkapan bagi warganegara Bangladesh dari tahun 1995 hingga tahun 1997 berkurang sebanyak
57 .2%
III Tangkapan bagi warganegara Indonesia melebihi 50% daripada keseluruhan jumlah tangkapan bagi tahun
1997
IV Jumlah tangkapan warganegara Indonesia dari tahun 1996 hingga tahun 1997 berkurang sebanyak lebih
daripada 24.1%
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

49. Sebuah syarikat penjanaan kuasa elektrik swasta mengenakan bayaran penggunaan elektrik kepada pengguna rumah dengan kadar yang berikut:
100 unit pertama (dalam kiraan kilowatt) = 20 sen seunit
300 unit berikutnya = 23 sen seunit
300 unit berikutnya = 26 sen seunit

Purata penghuni rumah Encik X menggunakan sebanyak 18 kilowatt sehari. Berapakah
bayaran yang perlu dibayar oleh Encik X untuk penggunaan elektrik bagi jangka masa
30 hari ?
A RM124.50
B RM125.40
C RM152.40
D RM372.60

Soalan 50 hingga 52 berdasarkan Jadual 3 dan Jadual 4 di bawah ini.
50. Puan Salmah telah memohon pinjaman bank untuk membeli sebuah rumah berkembar yang berharga RM150,000. Dia telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM40,000 dan bakinya akan dibayar secara ansuran selama 20 tahun. Berapakah bayaran ansurannya ?
A RM 949.30
B RM 973.50
C RM1006.50
D RM1017.50

51. Selepas tempoh 20 tahun , Puan Salmah telah selesai membayar ansuran pinjaman rumahnya. Berapakah jumlah yang sebenarnya dibayar untuk membeli rumah itu ?
A RM267832.00
B RM273640.00
C RM281560.00
D RM284200.00

52. Berapakah keuntungan bank selepas Puan Salmah selesai membayar hutang pinjamannya?
A 107.12%
B 112.40%
C 119.60%
D 134.96%

Soalan 53 dan 54 berdasarkan jadual 5 di bawah.

53. Encik Ong bercadang melancong ke Australia dan Britain. Berapakah belanja yang diperlukan mengikut jadual kadar pertukaran di atas selama 3 hari di Australia dan 4 hari di Britain?
A RM10,230
B RM11,302
C RM12,506
D RM13,608

54. Jika Encik Ong bercadang membelanjakan RM13,000 untuk melancong ketiga-tiga buah negara bagi tempoh masa yang sama, berapakah baki perbelanjaan selepas berbelanja?
A RM1,692.00
B RM1,910.00
C RM4,414.00
D RM4,984.00

55. Pendapatan bulanan Encik Ahmad kurang RM500 daripada Encik Hamid. Pendapatan Encik Leong ialah RM1300, iaitu RM50 lebih daripada Encik Ahmad. Berapakah pendapatan bulanan Encik Hamid ?
A RM750.00
B RM1250.00
C RM1300.00
D RM1750.00

Soalan 56 Berdasarkan Jadual 6 di bawah ini.

56. Yang manakah benar tentang Jadual ?
I Guna tenaga di sektor pertanian tidak berubah
II Guna tenaga di sektor perkhidmatan telah meningkat sebanyak 2%
III Guna tenaga di sektor perkeranian telah meningkat daripada 386 880 000 kepada 662 100 000
IV Kadar pertumbuhan guna tenaga telah meningkat sebanyak 36.9% dari tahun 1980 hingga 1990
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

57.
· Encik X membeli barangan A dan B dengan bayaran RM90.00.
· Harga barangan B adalah 20% lebih murah daripada barangan A.
Berapakah harga barangan B ?
A RM10
B RM18
C RM40
D RM50

Soalan 58 berdasarkan Jadual 7 di bawah ini.
58. Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang pelaburan yang dibuat oleh Encik Lim?
I Beliau akan memperoleh keuntungan kira-kira 80.0 % jika semua sahamnya dijual pada harga tertinggi
II Beliau akan memperoleh wang sebanyak RM3250 jika semua sahamnya dijual pada akhir tahun 2004
III Beliau akan memperoleh dividen berjumlah RM 1060 jika semua sahamnya tidak dijual pada akhir tahun 2004
IV Beliau akan memperoleh keuntungan cuma RM2100 jika semua sahamnya terpaksa dijual pada harga terendah
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

59. Encik Ali dan Encik Abu ditugaskan untuk menanam pokok bunga di dua buah taman yang sama luasnya. Encik Ali mengambil masa 2 jam 30 minit untuk menanam pokok bunga seluas ¼ daripada taman itu. Nyatakan dalam minit masa yang akan diambil oleh Encik Abu untuk menyiapkan kerja -kerja penanaman pokok bunga seluruh taman jika keupayaan Encik Abu adalah 3 kali ganda keupayaan Encik Ali ?
A 113 minit
B 125 minit
C 150 minit
D 200 minit

60. Sebuah Jet Bomber A berkelajuan 2000 Km sejam, manakala jet Bomber B
berkelajuan 1200 km sejam. Jika jet Bomber B bertolak pada pukul 1.00 petang , dan
Bomber A bertolak pada pukul 1.30 petang. Pukul berapakah kedua-dua jet berkenaan
sampai ke destinasi yang sama?
A 2.05 petang
B 2.10 petang
C 2.15 petang
D 2.20 petang

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas usaha anda...